Kehidupan Peribadi Ery Zukhairi

Ery Zukhairi dilahir dan dibesarkan di Keramat, Kuala Lumpur. Pada 23 July 1996, Ery melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi Malaysia dan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik pada 2001. Sangat berminat untuk menjadi juruterbang dan penah mengambil ujian kelayakan di hotel Nikko sebanyak 2 Level pada 2002 tetapi tidak meneruskan atas sebab peribadi. Beliau mula menjadi Production Engineer di Senai, Johor selepas graduasi dan kemudian meneruskan kerjaya di Epson Precision, Texas Instrument dan beberapa syarikat lagi. Ajakan arwah Azhari Zain untuk kepejabat MIG mengubah hidupnya selepas ditawarkan menjadi artis tetap. Arwah Azhari Zain melihat bakat dan pakej yang dipunyai oleh Ery Zukhairi semasa menjadi watak pembantu dbawah drama Epilog Syurga Cinta arahannya.

"Saya masih ingat dan pegang kata-kata keramat arwah abang Azhari pada saya sebelum penggambaran Flat 3A, katanya, "Ery, hadam kan ayat abang ni, sentiasa merendah diri, tapi, dalam lakonan, walaupon kau jadi kereta volkswagon buruk dalam barisan Ferrari, pastikan orang pandang dan ingat watak kau sebab kau lain dari yang lain". Sampai sekarang, dialah satu-satunya mentor saya", ujar Ery Zukhairi mengenai insan yang mengubah hidupnya didalam industri seni negara.


Rujukan

WikiPedia: Ery Zukhairi https://www.imdb.com/name/nm4459871/ https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/p... https://www.youtube.com/watch?v=xnUSBk8Q9Ac https://www.imdb.com/title/tt2127358/?ref_=nm_knf_... https://anizyn.blogspot.com/2010/08/sinopsis-drama... https://www.youtube.com/watch?v=ByLIc5tA2A8 https://www.youtube.com/watch?v=1GwxBO2vHLI https://www.budiey.com/drama-psikik-temukan-miera-... https://www.budiey.com/drama-bersiri-cinta-pandang... https://www.youtube.com/watch?v=_g-NvUImbyI